Selepas berjaya mencipta fenomena tersendiri menerusi filem The Journey dan Polis Evo, Astro Shaw terus mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan tampil melalui filem berjudul “OlaBola” uang diarahkan oleh pengarah filem ‘box-office’ The Journey, Chiu Keng Guan.
Berlatarbelakangkan era 1970-an, Ola Bola merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul menjadi wira negara.
Kisah yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini bukan sahaja memaparkan semangat juang dan maruah pasukan bola sepak negara, tetapi juga menyaksikan kepayahan dan kesungguhan barisan pemain mengatasi masalah peribadi dan juga yang berkaitan dengan pasukan.
Kisah ini juga mendalami kehidupan seharian dan memaparkan semangat waja yang tidak kenal erti putus asa walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.
OlaBola dilihat bertaraf antarabangsa kerana menggunakan khidmat profesional dalam bidang khusus teknikal seperti pakar kesan khas visual dari Argentina yang mempunyai pengalaman luas di Hollywood.
OlaBola mengambil tempoh lebih kurang satu tahun untuk proses produksi. Sesi pengambaran dijalankan selama 50 hari pada bulan April 2015 di beberapa lokasi menarik seperti di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Penang, Johor dan Sabah yang mempunyai unsur tahun 70-an dan 80-an.
Filem bergenre drama ini menampilkan pelakon hebat, Bront Palarae (Pelakon Lelaki Terbaik filem Terbaik Dari Langit di Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 (AIFFA 2015)) dan penampilan istimewa oleh Frankie Lee (Pelakon Terbaik filem The Journey di Festival Filem Malaysia ke-27).
Untuk mendapat info terkini tentang OlaBola, sila layari laman sesawang www.olabola.tv serta ikuti Instagram olabola.tv.
p/s Terima kasih Astro kerana mengjemput wakil kami ke pelancaran filem hebat ini.