Obinna Nwaneri mahu bawa KAFA ke FIFA

Bekas pertahanan Kelantan, Obinna Nwaneri telah melahirkan hasrat ingin membawa Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) ke Badan Bolasepak Dunia (FIFA) jika KAFA tidak membayar hutang tunggakan gaji beliau.

Menurut Obinna, KAFA masih belum menjelaskan sejumlah RM270,000 kepada beliau, bersamaan gaji selama tujuh bulan akibat menamatkan kontrak beliau awal dari sepatutnya. Obinna ditamatkan kontrak pada akhir 2014 dimana beliau menyertai pasukan ATM bagi musim 2015.

Pemain pertahanan yang berasal dari Nigeria tersebut seterusnya mendedahkan bahawa beliau sanggup berkompromi dengan KAFA dengan hanya memohon 5 bulan gaji, dengan syarat isu pembayaran gaji beliau diselesaikan dengan segera.

Dalam pada itu, Obinna menyatakan beliau tidak teragak-agak membawa kes beliau kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau FIFA jika KAFA terus berdiam berkenaan isu berkenaan. Tambah Obinna, beliau akan melantik peguam jika isu ini berterusan bagi membawa kes tersebut ke peringkat lebih tinggi jika perlu.

Sumber: Astro Arena

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top