Nasib pasukan Liga M3, Kuching FA kini bukan lagi di tangan sendiri.
Dengan baki enam perlawanan, Kuching bukan sahaja perlu memenangi semua perlawanan tersebut, tetapi juga berharap Kelantan United bakal tercicir beberapa mata di dalam lima perlawanan akan datang yang mereka hadapi.
Ini adalah kerana jika Kelantan memenangi empat daripada lima baki perlawanan yang mereka bakal tempuhi, kejuaraan Liga M3, termasuk juga slot automatik ke Liga Premier adalah milik pasukan Malaysia Timur itu.
Menyukarkan lagi situasi Kuching adalah hakikat bahawa Kelantan mempunyai kelebihan dari segi jumlah gol dan bolos di dalam liga.
Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Kuching FA, Ideris Untong, tidak mahu terlalu memikirkan situasi sukar yang dihadapi pasukannya.
Beliau dipetik laman SarawakVoice sebagai berkata bahawa pasukannya akan memberikan yang terbaik dan yang terdaya.
Ideris dipetik berkata ““Peluang juara masih ada walaupun agak sukar bagi kita.
“Kita akan terus mencuba selagi terdaya,”.
Juara Liga M3 akan layak secara automatik ke Liga Premier 2020 dengan pasukan naib johan diberi peluang merebut satu slot ke liga kedua tertinggi bola sepak Malaysia melalui play-off menentang Sarawak FA.