Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 diantara Vietnam dan Malaysia malam menyaksikan mutu pengadilan yang dipersembahkan menjadi tanda tanya kepada peminat.

Rata-rata peminat yang menyaksikan perlawanan tersebut menyifatkan pengadil perlawanan, Mooud Bonyadifard dari Iran, bersifat berat sebelah dan lebih memihak kepada pasukan tuan rumah.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Beliau juga telah dilabel ‘tidak konsisten’ oleh pengulas perlawanan tersebut selepas acap kali dilihat menghukum pemain Malaysia, dan membiarkan pemain Vietnam berbuat perkara sama tanpa hukuman.

Di dalam perlawanan tersebut, beberapa pemain Malaysia seperti Brendan Gan, Mohamadou Sumareh dan Shahrul Saad telah dikasari oleh pemain Vietnam, namun tiada sebarang amaran mahupun sepakan percuma diberikan oleh Mooud.

Pemain Malaysia juga dilihat sering memprotes keputusan pengadil yang sering memberi kelebihan kepada pasukan Vietnam.

Pada akhir perlawanan, pemain Malaysia dilihat mengerumuni Mooud, dipercayai untuk memprotes mutu pengadilan beliau.

Malahan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe juga didakwa oleh pemerhati sebagai tidak berpuas hati terhadap mutu pengadilan Mooud.

Apapun, kekalahan Malaysia kepada Vietnam meletakkan Malaysia di tangga kedua tercorot Kumpulan G buat masa ini dengan hanya 3 mata dari satu kemenangan.