Mourinho sah pengurus baharu Man United dengan kontrak RM270 juta

Bekas pengurus Kelab Bolasepak Chelsea, Jose Mourinho kini sah menjadi pengurus baharu pasukan Red Devils selepas pasukan Manchester United dan Mourinho bersetuju dengan kontrak tiga tahun yang dikhabarkann bernilai sekitar £45 juta (MYR 270,000,000)

Selain daripada diberikan gaji yang lumayan, United juga turut menjanjikan sebanyak £200 juta (RM1.2 bil) peruntukan untuk pembelian pemain bagi persediaan United mengharungi Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan.

Bermumur 53 tahun, Mourinho dikatakan sudah memaklumkan kepada pihak pengurusan United berkenaan perancangan beliau, disamping bahagian yang ingin beliau perkemaskan.

Antara sasaran pemain Mourinho yang kuat diperkatakan adalah penyerang Sweden, Zlatan Ibrahimovic.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top