Yolanda Cardona, isteri kepada penjaga gol kelab gergasi Manchester United Víctor Valdés, telah meluahkan kekecewaan beliau terhadap Pengurusan Manchester United kerana tidak menjemput suami beliau ke satu acara amal di Old Trafford.

Acara amal Unicef yang berlangsung pada hari Ahad lalu telah dihadiri oleh pengurus United Louis van Gaal serta skuad utama United yang lain.

Kekecewaan Yolanda diluahkan melalui akaun media sosial beliau @yolandacardona1.

Pengurusan United dalam pada itu menegaskan bahawa Valdés tidak dijemput kerana beliau bukanlah daripada skuad utama di Old Trafford.

Bekas penjaga gol Barcelona tersebut telah dimaklumkan oleh Louis bahawa beliau boleh berhijrah ke kelab lain apabila pintu perpindahan dibuka pada musim panas kelak.