Penyerang sensasi Sabah FA dilaporkan mengalami kecederaan kecil ketika aksi menentang ATM malam tadi.
Menurut Muamer ketika dihubungi oleh pihak SarawakCrocs, kecederaan yang dihadapi adalah kecederaan ketegangan hamstring dan ianya berlaku di lokasi yang baharu walaupun beliau pernah mengalami kecederaan hamstring sebelum ini. Beliau walaubagaimanapun percaya kecederaan tersebut adalah kecederaan ringan sahaja.
Tambah Muamer, beliau gembira pasukan Sabah berjaya memenangi perlawanan malam tadi, tetapi mengakui kepadatan perlawanan Liga Malaysia musim ini boleh dikatakan menjadi salah satu punca beliau cedera.
Muamer memaklumkan beliau akan menemui ahli phisioterapi hari ini untuk mendapat lebih banyak maklumat berkenaan kecederaan beliau.
Walaubagaimanapun, beliau menegaskan bahawa beliau berharap boleh bermain secepat mungkin agar boleh terus membantu pasukan Sabah.