Harapan pasukan Sarawak FA untuk memintas Melaka United (MU) , dan seterusnya keluar dari kelompok zon penyingkiran Liga Super musim ini semakin menipis apabila MU membelasah lawan mereka T-Team FC.
Melaka yang berkunjung ke arena T-Team seperti akan turun semula ke zon penyingkiran selepas pasukan Sarawak FA berjaya menewaskan Pulau Pinang 2-0, dan MU ketinggalan 0-1 kepada lawan mereka pada akhir babak pertama.
Walaubagaimanapun, Melaka meledakkan lima gol pada babak kedua perlawanan, sekaligus menyaksikan mereka semakin selesa di kedudukan ke-10 Liga Super, dengan satu mata memisahkan mereka dengan pasukan Sarawak FA.
Sarawak FA perlu MU, T-Team atau Kelantan tewas pada mana-mana baki tiga perlawanan Liga Super akan datang, jika ingin terus kekal di pertandingan liga tertinggi Malaysia itu pada musim hadapan, dengan pasukan Bujang Senang sendiri perlu meneruskan rentak kemenangan mereka.
Jika MU terus menemui rentak kemenangan, pasukan Sarawak FA tidak akan memiliki sebarang peluang untuk kekal di Liga Super pada musim 2018. – sarawakcrocs.com