Tarikh baharu Liga Malaysia 2016 belum lagi dapat diputuskan oleh Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ketika mesyuarat malam tadi.
Mengikut kenyataan FAM, dua pilihan yang dibincangkan adalah permulaan liga pada pertengahan bulan Januari atau Februari 2016, namun belum ada kata putus akhir dibuat.
Dalam pada itu, FAM akan mengadakan satu bengkel khas bagi membincangkan hal demikian dalam masa terdekat, sekaligus mengambil kira pendapat semua pasukan bertanding sebelum mengumumkan tarikh baharu bermulanya musim bolasepak Malaysia 2016.