MSL2015: Pahang ‘turun pangkat’, Selangor ‘naik pangkat’

Skuad Tok Gajah yang sebelum ini gah sebagai penghuni tempat kedua Liga Sper 2015 telah kehilangan status tersebut akibat keputusan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) malam tadi.

Dalam mesyuarat tersebut, majlis telah sebulat suara menarik balik status Pahang selaku Naib Juara Liga Super 2015 selepas menerima surat dari Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mengarahkan FAM untuk memotong enam mata dari Pahang dalam saingan liga domestik musim ini.

Pemotongan mata tersebut adalah disebabkan isu kelewatan Pahang dalam proses menyelesaikan masalah gaji dan pampasan bekas pemain importnya pada musim 2013, Mohamed Borji.

Dengan keputusan itu, Selangor dinobatkan Naib Juara baharu Liga Super 2015 di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT), sekaligus menyaksikan pihak FAM bersetuju mencalonkan Selangor sebagai pasukan yang menggantikan tempat Pahang menerusi slot selaku naib juara Liga Super.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top