Pengurus baharu pasukan Manchester United Jose Mourinho telah memulakan kerjaya beliau di Old Trafford dengan melantik bekas ketua jurulatih pasukan Kuala Lumpur FA, Ricardo Formosinho sebagai salah seorang ahli peninjau (scout) beliau.
Ricerdo yang berusia 59-tahun itu, telah hanya berkhidmat di Malaysia selama lebih kurang tiga bulan, selepas beliau dipecat oleh KLFA kerana prestasi skuad Kuala Lumpur yang hambar di persada Liga Premier pada musim 2015.
Berasal dari Portugal, Ricerdo telah diberi kepercayaan oleh Mourinho untuk mencari bakal pemain Manchester United bagi memulakan satu era baharu di bawah kepimpinan beliau.
Ricerdo bukanlah nama yang asing bagi Mourinho kerana beliau pernah berkhidmat di bawah pengurus tersebut semasa Mourinho mengetuai FC Porto.