Mohd Iqbal intai posisi penjaga gol utama Sarawak

Nama Mohd Iqbal Suhaimi mungkin bukanlah nama yang dikenali ramai di dalam persada bolasepak Malaysia, namun penjaga gol berusia 30 tahun ini mungkin merupakan pengganti kepada penjaga gol nombor satu Sarawak, Sani Anuar Kamsani yang dilaporkan telah berpindah ke pasukan lain untuk musim hadapan.

Menurut sumber SarawakCrocs.com yang terdekat, Mohd Iqbal kini berada di Kuching untuk menjalani sesi pemilihan bersama pemain lain seperti Partiban Janasekaran dan Yogonathan Munusamy, dan telah menunjukkan aksi yang cemerlang semasa beberapa siri perlawanan persahabatan yang dilakukan.

Sekiranya Iqbal berjaya memikat hati Robert Alberts, wujud kemungkinan akan berlaku persaingan sengit di antara penjaga gol muda Sarawak Fadzley Rahim dan Igbal, sambil menyaksikan bakat tempatan Sarawak terus diketepikan.

Mohd Iqbal telah pernah berkhidmat untuk beberapa pasukan ternama di Malaysia seperti Pahang dan Selangor, dengan pasukan ATM menjadi pasukan terakhir yang disertainya pada musim lepas.

Beliau pernah dipanggil untuk bermain bersama Harimau Malaya, namun tidak diturunkan sebagai kesebelasan utama.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top