Sumber tidak rasmi dari negeri di Bawah Bayu mengkhabarkan bahawa ‘Piya’, atau nama sebenar Mohd Badri Mohd Radzi.
Sungguhpun demikian, siasatan SarawakCrocs.com mendapati bahawa berita tersebut tidak ada kebenarannya buat masa ini selepas jurulatih baru Kelantan, Azraai Khor dikatakan sedang mencari gandingan import baharu untuk Piya di dalam skuadnya.
Tambahan pula, didapati bahwa Azraai Khor ada mengeluarkan satu penyataan di laman sosial The Red Warriors yang mana kelihatan mengecam khabar angin tersebut, sambil menyatakan bahawa Piya masih lagi mengikuti latihan bersama skuad bimbingannya.
Peminat pasukan Sabah kini hangat dengan berita bahawa Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) sedang di peringkat terakhir rundingan bersama Piya yang mana akan menyaksikan pemain tengah tersebut menyarung jersi sang Badak.
Khabar tersebut bertambah kencang apabila terdapat desas desus yang menyatakan bahawa Piya mahu berpindah kerana kurang diberi peluang di pasukan TRW.