Pemain tengah Kuala Lumpur, Paulo Josue mahukan pasukannya mendahului Kumpulan A di Piala Malaysia dan untuk berbuat demikian, pasukannya perlu menewaskan kelab muda dari Kuching itu.
Menurut laporan akhbar The Star, pemain import Brazil itu merasakan prestasi kelab Sarawak United sememangnya tidak mengejutkan kerana mereka beraksi dengan baik di Liga Premier.
Sungguhpun demikian, beliau mengakui telah menonton rakaman persembahan anak – anak buat E. Elavarasan, dan akan menggunakan analisis berkenaan pasukan tersebut apabila kedua – dua pasukan tersebut bertemu kelak.
// LIHAT BARANGAN PROMOSI SHOPEE HARI INI
“Kami telah melihat persembahan Sarawak United dalam Liga Premier dan kami tidak terkejut mereka beraksi dengan baik di Piala Malaysia.” kata Josue.
“Kita juga telah membuat analisis berkaitan dan akan menggunakannya kelak apabila bertemu mereka.” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan sama, Josue juga berharap pemain Kuala Lumpur akan memberikan yang terbaik apabila kedua – dua pasukan bertemu sambil menyifatkan motivasi di kalangan pemain kini adalah dalam keadaan terbaik di bawah jurulatih Bojan Hodak.
Beliau juga percaya bahawa Kuala Lumpur dalam prestasi terbaik dan buat masa ini dia hanya mahu fokus kepada membawa pulang Piala Malaysia ke Kuala Lumpur.