Pasukan LBR Miri akhirnya melangkah ke peringkat Kebangssan Liga Bolasepak Rakyat (LBR) selepas diberi kemenangan percuma pada siri perlawanan play-off LBR kelmarin.
Kemenangan percuma itu ekoran kegagalan pasukanlawan mereka, Sibu FA, untuk hadir ke venue perlawanan, sekaligus menyaksikan kemenangan 3-0 diberi kepada Miri.
Sibu gagal hadir ke perlawanan ekoran kekangan kewangan dan telah mengakui telah meminta perlawanan tersebut ditunda sebelum ini.
Walaubagaimanapun, permohonan Sibu ditolak, dan pihak LBR telah memutuskan untuk meneruskan perlawanan.
Dengan kemenangan ini, Miri akan mengiringi Kuching Gedong Gators ke peringkat LBR Kebangsaan.