Miri FA ikrar bebas rasuah

Pasukan Liga Bolasepak Rakyat Miri semalam telah membuktikan komitmen untuk membasmi gejala rasuah dalam organisasinya dengan membuat ikrar bebas rasuah dalam sebuah majlis semalam.

Majlis tersebut dipimpin oleh ketua jurulatih pasukan LBR Miri, Mohd Hakimi Man disaksikan oleh Penolong Pengarah SPRM Miri, Othman Anyan dan Wakil Rakyat Sibuti, Ahmad Lai.

Turut menghadiri majlis tersebut, presiden Miri FA, Mohd Jubaidi, pengurusan tertinggi pasukan dan pengurus pasukan Mike James Jugil.

Pasukan Miri FA bakal bertemu pasukan Tawau petang ini dalam aksi pertama LBR Kebangsaan di Padang Rekreasi Petroliam di Lutong petang ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top