Mike Mulvey dilantik pegawai teknikal baru Sabah FA

Mike Mulvey bukanlah nama yang biasa kita dengar di Malaysia, namun beliau merupakan bekas jurulatih Brisbane Roar yang membawa pasukan Australia tersebut kepada kejuaraan A-League pada satu ketika dahulu.

Mulvey yang berumur 52-tahun telah dipecat dari Brisbane Roar susulan percanggahan pendapat dengan pengurusan kelab tersebut, dan beliau telah menerima tawaran untuk menjadi pegawai teknikal Sabah yang baru, menggantikan George O’Callagan yang dipecat Sabah sebulan yang lalu.

Buat masa ini, pihak kami belum dapat memastikan samada Mulvey akan dilantik terus sebagai ketua jurulatih Sabah yang baharu, namun terdapat sumber kami di Sabah yang menyatakan bahawa ini mungkin berlaku susulan keupayaan Mulvey sebagai jurulatih.

Sumber: SPS

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top