MFL luluskan permintaan Kuching City

Malaysia Football League (MFL) telah meluluskan permohonana pasukan Kuching City yang mana telah memohon untuk memainkan semua perlawanan pusingan pertama Liga Premiernya di tempat lawan.

Ini akan menyaksikan Kuching City hadir sebagai pasukan pelawat pada perlawanan – perlawanan tersebut.

MFL dalam kenyataan ringkasnya berkata bahawa persetujuan tersebut dibuat selepas pasukan pihak lawan Kuching City juga bersetuju dengan perubahan tersebut.

“Adalah dimaklumkan bahawa Malaysian Football League telah meluluskan permohonan Kuching City FC supaya dua perlawanan seterusnya di laman sendiri dimainkan di venue tempat lawan selaku pasukan pelawat. Ahli Lembaga Pengarah MFL dan pasukan-pasukan yang terlibat telah bersetuju untuk meluluskan permohonan Kuching City FC.” kata MFL dalam satu kenyataan ringkas.

MFL juga menjelaskan bahawa perlawanan Kuching City yang pada asalnya akan beraksi di gelanggang sendiri bagi perlawanan Liga Premier 2021 pusingan LP6 pada Jumaat 2 April 2021 akan bertandang ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menentang Negeri Sembilan FC pada jam 9 malam.

Perlawanan Kuching City FC beberapa minggu selepas itu, yang juga merupakan perlawanan pusingan LP9, juga akan menyaksikan Kuching menjadi pasukan pelawat pada Ahad 18 April 2021 menentang Selangor FC 2.

Kuching City pada asalnya mahu memainkan perlawanan mereka di Stadium Negeri, namun Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) masih mengekalkan polisi tempoh kuarantin selama 14 hari bagi individu yang datang dari semenanjung Malaysia.

Ini memaksa Kuching City mengubah laman mereka ke Stadium Likas, namun Kuching City kemudiannya mengambil keputusan untuk memilih untuk memainkan semua perlawanan pusingan pertamanya di tempat lawan.

Keputusan Kuching City ini mungkin akan menyaksikan Kuching City boleh memainkan perlawanan Liga Premier mereka di tempat sendiri mereka di Sarawak, sekiranya pihak SDC mengambil keputusan mengubah SOP kemasukan ke Sarawak dengan bilangan kes Covid-19 menurun kelak.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top