Menteri sukan tawar bantuan kewangan kepada Kuching City

Kuching City mungkin akan mendapat suntikan kewangan dari Kerajaan Sarawak selepas Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, YB Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, menawarkan bantuan kewangan kepada kelab tersebut ketika ucapan perasmian jersi Kuching City untuk musim 2022.

Karim yang hadir dengan mengenakan jaket sukan kelab tersebut berkata bahawa beliau telah meminta pemilik kelab tersebut untuk menulis kepada kementeriannya untuk meminta bantuan kewangan.

Ujar Karim, kementeriannya sememangnya akan selalu berusaha membantu kelab sukan seperti Kuching City, dan walaupun kedudukan kewangan Kuching City kini agak kukuh, beliau tahu dan sedar menguruskan kelab bola sepak profesional seperti Kuching City memerlukan belanja yang besar.

“Kementerian saya akan sentiasa bersedia memberi bantuan yang anda (Kuching City) perlukan samada ianya berkaitan padang, atau berkaitan kewangan.” kata Karim pada majlis tersebut.

“Perkara pertama yang saya tanya Fazzruddin tadi adalah adakah beliau sudah menulis kepada kami (kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan) untuk bantuan kewangan?

“Dia mengatakan belum lagi, tetapi silalah berbuat demikian walaupun kedudukan kewangan anda kini baik pada masa kini tetapi kita tahu untuk menguruskan pasukan sebesar ini, dan untuk bermain di liga seperti ini, anda akan memerlukan banyak wang dan sokongan bukan sahaja daripada kerajaan tetapi pihak swasta.” ulas karim lagi.

Karim dalam pada itu turut menjelaskan bahawa beliau juga sedia untuk membantu menelefon ketua ketua syarikat swasta ataupun syarikat berkait kerajaan untuk Kuching City sekiranya perlu kerana kelab tersebut bukan sahaja mewakili Kuching, tetapi Sarawak.

“Jikalau anda memerlukan saya untuk menghubungi mana mana sahaja yant terlibat dalam syarikat -syarikat besar, samada syarikat umum atau syarikat besar di Sarawak, jikalau anda perlukan bantuan saya untuk menghubungi mereka, saya akan menyokong anda kerana Kuching City mewakili Sarawak.” kata Karim lagi.

Karim dalam pada itu juga berharap kelab Liga Premier itu akan berjaya pada musim ini.

Kuching City telah melancarkan jersi baharunya untuk musim 2022 yang anda boleh lihat di sini.

>> BELI JERSI KUCHING CITY FC 2022

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top