Home Malaysian football LUNO kini Rakan Pelaburan Kripto rasmi Liga Super dan Piala Malaysia

LUNO kini Rakan Pelaburan Kripto rasmi Liga Super dan Piala Malaysia

Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan kerjasama dengan Luno, bursa aset digital yang dikawal selia terkemuka di Malaysia, sebagai Rakan Pelaburan Kripto dan penaja bersama rasmi Liga Super Malaysia, liga bola sepak terulung negara, dan Piala Malaysia, kejohanan bola sepak tahunan paling berprestij.

Perjanjian kerjasama selama setahun merangkumi pelbagai hak penjenamaan termasuk papan iklan di tepi padang, penggunaan logo kelab serta imej pemain, dan pengaktifan jenama di stadium.

Kerjasama ini diumumkan di sebuah majlis yang dirasmikan oleh Stuart Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League, dan Aaron Tang, Pengurus Negara Luno Malaysia.

Kerjasama dengan MFL ini menandakan kemasukan pertama Luno ke dalam industri sukan tempatan. Luno komited untuk menyokong arena bola sepak tempatan menerusi aktiviti interaktif di antara kelab, pemain dan komuniti bola sepak.

Pada masa sama, Luno turut menyokong usaha untuk mempromosikan bola sepak Malaysia dengan harapan untuk menaikkan lagi prestij bola sepak kebangsaan. Luno merancang untuk menjalinkan lebih banyak lagi kerjasama dengan rakan tempatan selaras dengan sasaran syarikat itu untuk mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai bursa aset digital yang dikawal selia terkemuka di Malaysia.

Tambahan pula, kerjasama ini adalah sebahagian daripada usaha Luno untuk meningkatkan kesedaran mengenai kriptowang di kalangan rakyat Malaysia, mendemokrasikan akses kepada pasaran kriptowang dan menambah baik inisiatif celik kewangannya kepada khalayak yang lebih meluas.

Sebagai salah satu daripada perjanjian dalam kerjasama ini, Luno akan menganjurkan sesi eksklusif yang menampilkan pakar industri di mana para peminat boleh mempelajari lebih banyak lagi mengenai celik kewangan bersama pemain bola sepak kesukaan mereka.

Luno juga akan menyediakan sesi pendidikan mengenai aset digital kepada pemain bola sepak Malaysia dan pihak MFL. Matlamat Luno adalah untuk mempromosikan sebuah persekitaran kondusif di mana rakyat Malaysia boleh melabur dalam aset digital dengan cekap dan bertanggungjawab. – MFL

>> SERTAI LUNO DAN PEROLEHI GANJARAN BERNILAI RM25: www.luno.com.my

Previous articleMenteri sukan tawar bantuan kewangan kepada Kuching City
Next articleJKT sedia main ikut taktikal Irfan Bakti