Home Malaysian football Mencari Ramli 4 di Kuching 11 April ini

Mencari Ramli 4 di Kuching 11 April ini

Bagi kanak-kanak yang mahu memenangi peluang untuk berlatih bolasepak di Manchester, England, program anjuran TM bernama ‘Mencari Ramli’ kini kembali untuk musim ke-4.

Daripada maklumat yang SarawakCrocs.com perolehi, program tersebut akan menghadiahkan 12 kanak-kanak berumur di antara 13-16 tahun satu peluang untuk terbang ke bandar Manchester, dan diberi kesempatan bergaul dengan lagenda bolasepak Manchester United, disamping dilatih jurulatih bolasepak berpengalaman di Manchester United Soccer School.

Jika berminat, sesi ujibakat akan dibuat di SMK St Joseph pada 11 April dan 12 April dari 7 pagi sehingga 6 petang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://teammalaysia.org.my/mr4/

Previous articleSarawak enter bottom three of the Super League
Next articleSponsored video: LOUIS XII seeks “the one” decanter

3 COMMENTS

Comments are closed.