Ketua jurulatih Sarawak FA, David Usop tidak berpuas hati dengan prestasi semasa anak buahnya biarpun menang 1-0 menentang Pulau Pinang di tempat lawan, sabtu lalu. 

Memetik laporan dari Astro Arena, David menyifatkan pemainnya menunjukkan permainan yang buruk dan percaya mereka tidak bermain dengan baik sepanjang 90 minit permainan.  

Dalam pada itu, peminat dapat menarik nafas lega setelah Sarawak akhirnya mengutip tiga mata penuh pertama dalam saingan Liga Super setelah hanya mampu mengutip 1 mata dari 3 perlawanan sebelum ini. 

Penyerang import dari Filipina, Mark Hartman menjadi wira pasukan Sarawak setelah menjaringkan gol tunggal perlawanan di separuh masa kedua permainan. 

Turut menerima pujian peminat adalah penjaga gol Shahril Saari yang menyelamatkan banyak cubaan merbahaya dari pasukan tuan rumah.

Sarawak kini bersiap sedia untuk perlawanan pertama Piala FA menentang MISC-MIFA di Stadium Negeri, selasa ini. 

7 COMMENTS

  1. Btoi..corak permainan swak kna diperbaiki lagi,terutama dibahagian tgh sbb xda gandingan yg ckp mantap ngn pemain import dri korea,cba byk kuasai bhagian tgh n main corak hntran pendek ngn pantas,kurangkn main longpass

  2. tanga jak kedah teknik tektik n skil pmainan yg d ator jurulatih nya smua mnjadi.kita nanga pun trhibur ada kah jurulatih swak david usop sehebat tan cheng ho jurulatih kedah.mun kalah jgn nak nyalah pmain.tepuk dada tanya sama david ak usop u…..u…..uuuuuuu

Comments are closed.