McMenemy tidak mahu latih pasukan Indonesia

Ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Indonesia, Simon McMenemy didakwa tidak mahu bersama pasukan tersebut apabila bertandang ke Bukit Jalil 19 November ini.

Perkara tersebut dilaporkan VocketFC yang memetik laporan laman web Bolalob.com yang mana berkata AKBP Sumardji sudah mengesahkan bahawa McMenemy enggan melatih Indonesia untuk perlawanan terakhir setelah Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengumumkan pemecatannya sebagai ketua jurulatih pada minggu lepas.

Sumardi juga dipetik sebagai berkata bahawa cubaan telah dibuat untuk memujuk McMenemy, namun semuanya gagal.

Beliau menambah bahawa Indonesia berkemungkinan akan meminta Yeyen dan Joko untuk mengambil alih tugas McMenemy pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Malaysia kelak.

Sebelum ini, PSSI telah mengesahkan dan menumumkan mereka akan melepaskan McMenemy dari kontraknya yang sepatutnya berakhir pada tahun 2020.

VocketFC melaporkan McMenemy akan menerima habuan sebanyak Rp3,9 juta (RM1.15 juta) disebabkan penamatan kontrak secara mengejut oleh PSSI itu.

Indonesia telah tewas semua empat perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan dilihat akan tersingkir dari siri kelayakan tersebut.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top