Mateo Roskam, Ramesh Lai mungkin diturunkan

Penyerang import pasukan Sarawak, Mateo Roskam dan pemain pertahanan berpengalaman, Ramesh Lai mungkin akan diturunkan untuk menentang Pulau Pinang hari ini. 

Memetik laporan dari Utusan Sarawak, presiden Persatuan Bolasepak Sarawak, Dato Posa mengesahkan bahawa kedua-dua pemain tersebut sudah cergas dan pulih dari kecederaan.  

Mateo telah menjaringkan gol pada aksi sulong beliau di Liga Super, namun gagal bermain apabila Sarawak tewas kepada Kedah FA dan Pahang FA.

Kemunculan semula dua watak penting dalam pasukan Sarawak ini sudah pasti akan membawa kelaianan dalam jentera serangan dan pertahanan sekaligus akan merubah lanskap pasukan secara keseluruhan. 

Dato Posa juga optimis Sarawak akan dapat mencatat kemenangan menentang Pulau Pinang sabtu ini. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top