Mat Yo mahu bawa Sarawak United juarai Liga Premier

Penyerang terbaharu kelab bola sepak Sarawa United, Norshahrul idlan Talaha, atau lebih popular dipanggi Mat Yo, mahu kelab tersebut menjadi juara Liga Premier.

Beliau dipetik berkata demikian melalui perkongsian di media sosial rasmi kelab tersebut hari ini.

Dalam perkongsian tersebut, Mat Yo berkata beliau mahukan Sarawak naik ke Liga Super 2022 pada musim hadapan.

Beliau juga berharap bahawa Sarawak United akan menjadi juara Liga Premier dengan sokongan semua pihak.

“Dengan izin Allah, harapan saya pada pasukan Sarawak menjadi juara pada tahun ini sekaligus layak ke Liga Super 2022 dengan hasil sokongan dari semua pihak,” katanya.

Sarawak United telah berbelanja besar musim ini bagi memastikan mereka antara pencabar utama kejuaraan Liga Premier.

Kelab milik Persatuan Bolasepak Sarawak itu juga telah mengekalkan E. Elavarasan sebagai ketua jurulatih, dan membawa masuk B Sathinathan sebagai Pengarah Teknikal baharunya.

Untuk pusingan pertama Liga Premier, kelab tersebut akan menjadikan Melaka sebagai venue utamanya.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top