Masalah gaji belum selesai rupanya…

Sebelum ini PDRM FA telah diwar-warkan sebagai pasukan contoh di dalam menangani krisis tunggakan gaji.

Sungguhpun demikian, laporan FoxSports hari ini menulis bahawa hadir dakwaan bahawa masalah tersebut jauh dari selesai.

FoxSport yang memetik sumbernya mendakwa “pemain-pemain skuad Liga Premier PDRM FA 2019 sudah tiga bulan tidak menerima gaji dan masih menanti pihak pengurusan menunaikan janji, yang sudah dimungkiri beberapa kali.”

Laman web tersebut turut mendakwa bahawa wujud kemungkinan pemain pasukan PDRM FA yang bermain di Piala Malaysia tempoh hari bermain tanpa dibayar gaji.

Artikel FoxSport juga menyebut bahawa isu gaji PDRM sehingga kini belum ada perkhabaran dan ada diantara pemain yang terlibat sudah membawa isu tersebut ke Badan Induk Bolasepak Dunia, FIFA.

PDRM FA akan bermain di Liga Super 2020 setelah mengakhiri musim di kedudukan ketiga Liga Premier.

Seperti juga pasukan Sarawak FA, PDRM adalah antara pasukan yang perlu melengkapkan dokumen sebelum 30 Oktober 2019 bagi mendapatkan lesen kelab bolasepak dimana kegagalan berbuat demikian akan menyaksikan lesen mereka diturunkan ke saingan Liga M3.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top