Penyerang import terbaru pasukan Sarawak, Mark Hartmann telah menyasarkan 15 gol bagi musim ini.
Beliau yang menjawab temuramah majalah FourFourTwo menyatakan bahawa beliau tidak pasti berapa gol beliau akan jaringkan, namun berharap ianya sekurang-kurangnya melangkaui 15 gol.
Hartmann yang menjaringkan lapan gol dari 11 perlawanan ketika bersama Geylang International FC musim lalu turut mengakui bahawa menjaringkan gol di Liga Malaysia bukan satu tugas mudah berikutan kualiti yang dimiliki oleh Liga Malaysia.
Tambah beliau, pergerakan bola di Liga Malaysia lebih cepat berbanding Liga Filipina dan Liga Singapura.
Dalam pada itu, Hartmann menjelaskan bahawa beliau merasakan Liga Malaysia mempunyai lebih kualiti berbanding Liga Filipina dan Liga Singapura.