Pasukan bola sepak Malaysia hari ini mengalahkan Indonesia dua gol tanpa balas di dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 & Piala Asia 2023.

Kedua-dua gol Malaysia dijaringkan Safawi Rashid.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Malaysia bermula garang dengan mengasak kubu Indonesia, dan Safawi tidak menghampakan lebih 80 ribu peminat bola sepak Malaysia dengan jaringan melalui rembatan kencang hasil sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit ke-30.

Safawi sekali lagi menjadi wira Malaysia apabila berjaya merampas bola di dalam kotak penalti Indonesia, dan merembat kencang gol kedua pada minit ke-73 untuk pasukan tuan rumah.

Indonesia hampir merapatkan jurang gol pada babak-babak akhir perlawanan namun sepakan penalti oleh pemain neutralisasinya diselamatkan oleh Farizal M.

Kemenangan ini memberikan Malaysia tiga mata berharga, sekaligus mencerahkan Malaysia untuk layak secara automatik ke Piala Asia 2023, dan mungkin boleh layak ke Piala Dunia 2022.