Buat julung kalinya Malaysia akan menjadi tuan rumah Olimpik Khas Bola Sepak Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada November ini.
Kejohanan khas bagi atlit kurang daya intelek ini menghimpunkan 25 pasukan terbaik di seluruh dunia dalam acara bola sepak dan penganjuran pertama ini sebagai penghormatan terbesar kepada negara.
Menurut Presiden Olimpik Khas Malaysia, Datuk Mohd Feisol Hassan kejohanan ini dianjurkan bagi membuka ruang kepada ibu bapa yang memiliki anak kurang daya intelek supaya didedahkan agar dapat bergaul dengan masyarakat luar.
Sementara itu, Pengurus Pasukan Olimpik Khas Malaysia, Shukri Hussin menyifatkan anak buahnya sudah bersedia menghadapi cabaran tertinggi itu selepas menilai kemampuan pasukannya pada sesi kelayakan di Bangkok, Thailand tahun lalu.
Sumber: Berita Astro Awani bertajuk Malaysia tuan rumah Olimpik Khas Bola Sepak Piala Dunia 2014