Lagenda bola sepak Sarawak, Awang Mahyan Awang Mohamed dipetik akhbar Utusan Borneo sebagai mengakui bahawa wujud kelewatan melunaskan pembayaran gaji pemain Sarawak FA di tiga peringkat pasukan.

Tiga peringkat pasukan adalah pasukan senior Sarawak FA, pasukan Piala Presiden dan pasukan Piala Belia.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Sungguhpun demikian, Mahyan menegaskan bahawa setiap pemain masih menerima gaji setiap bulan sambil beliau dipetik Utusan Sarawak sebagai telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut dengan jayanya.

Maklumat ini sekaligus menepis dakwaan sesetengah pihak bahawa pemain tidak ada menerima gaji mereka.

Ketiga-tiga pasukan di bawah naungan Persatuan Sarawak FA itu kini di kedudukan kurang memberangsangkan di liga masing-masing dengan pasukan senior di kedudukan ke-11 Liga Premier.

Masalah gaji pasukan Sarawak FA telah menjadi satu berita hangat pada musim lepas tetapi ianya tidak kedengaran pada musim ini sehingga diceritakan oleh Mahyan kepada akhbar Utusan Borneo.