President Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Datu Sudarsono menyatakan bahawa Sarawak bernasib baik kerana bermain di kawasan lawan apabila menentang Sime Darby FC esok adalah seperti bermain di Stadium Negeri.
Menurut Sudarsono, ramai penyokong Sarawak berada di lembah Kelang dan Selangor, dan kedudukan Stadium Selayang yang strategik bakal menyebabkan mereka turun beramai-ramai untuk memberikan sokongan padu kepada skuad Bujang Senang.
Sudarsono turut menambah bahawa pengalaman lepas telah membuktikan bahawa penyokong Sarawak sememangnya akan lebih ramai apabila perlawanan menentang Sime Darby FC diadakan.
Selain daripada sokongan padu peminat di semenanjung, beberapa kumpulan ultra dari negeri Sarawak juga dikhabarkan akan terbang ke Selangor bagi memberikan sokongan kepada kempen suku akhir Sarawak.