Home Malaysian football LSC bakal terbitkan majalah Sarawak FA 2015

LSC bakal terbitkan majalah Sarawak FA 2015

Pihak SarawakCrocs.com mendapat maklumat bahawa pihak Lea Sports Center (LSC), pengedar dan pembuat baranagn rasmi Sarawak FA, akan menghasilkan majalah rasmi Sarawak bagi musim 2015.

Pihak kami difahamkan majalah tersebut akan sedia untuk dipasarkan sebelum liga bermula dengan penjualan dilakukan di semua rangkaian kedai Sarawak LSC.

Menurut beberapa sumber yang kami percayai, majalah tersebut bukanlah kesinambungan majalah ‘Sarawak FA’ tahun lepas, tetapi merupakan majalah baru yang direka, dicipta dan dibuat sepenuhnya oleh pihak LSC.

Walaubagaimanapun, majalah tersebut bakal mempunyai ‘pin-up’ poster pasukan Sarawak, berserta kalender pasukan, seperti tahun lepas. Ianya juga akan mempunyai profil pemain, dan temuramah bersama beberapa pemain.

Setakat ini, pihak kami tidak mengetahu harga jual majalah tersebut dan tarikh sebenar majalah tersebut akan dilancarkan. Walaubagaimanapun, kami rasakan majalah tersebut mungkin akan ‘berapi’ juga seperti jersi pasukan Sarawak musim ini.

RECOMENDED LINKS: