Home Malaysian football Logo Kuching City FC ringkas, moden dan menarik

Logo Kuching City FC ringkas, moden dan menarik

Kelab Bola Sepak Kuching City telah akhirnya mengumumkan logo baharunya yang berwarna merah, putih dan hijau, hasil daripada pertandingan mencipta logo oleh kelab tersebut.

Logo serba ringkas itu jelas menampakkan ciri kepala kucing, yang sinonim dengan Bandaraya Kuching.

Rekaan serba ringkas dan minimalis itu dihasilkan oleh Azril Al Fatt Hashim, 30 dari Kuching sendiri.

Ini sekaligus menunjukkan bahawa Azril adalah pemenang pertandingan mencipta logo dan nama baharu kelab bola sepak tersebut.

Jika diperhatikan, logo baharu Kuching City menggunakan perisai unik yang berbentuk kepala kucing, dengan huruf ‘K’ jelas terpampang di perisai tersebut.

Menurut infografik yang dikeluarkan Kuching City, warna merah pada logo tersebut menggambarkan kekuatan pasukan.

Warna hijau pula menggambarkan semangat keberanian pasukan dan tiada penerangan diberikan untuk warna putih.

Selain mengumumkan logo baharu, Kuching City nampaknya turut memperkenalkan slogan ‘Claw of the Cats’ dan mengekalkan slogan ‘Stronger Together’

Rekaan serba moden logo tersebut menggambarkan betapa pasukan Kuching City kini bergerak seiring dengan arus permodenan bola sepak moden, sekaligus memberi indikasi bahawa pasukan ini berhasrat besar di dalam bola sepak Malaysia.

RECOMENDED LINKS: