Liverpool tiba di Kuala Lumpur dan bersedia hadapi Malaysia XI

Liverpool FC mahu meneruskan rentak cemerlang Jelajah Pra-Musim Asia 2015 mereka apabila menentang skuad Pilihan Malaysia (Malaysia XI) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini (24 Julai).

Pasukan yang mendapat jolokan ‘The Reds’ itu telah tiba di Kuala Lumpur semalam dan telah melakukan beberapa acara bertemu peminat pada hari ini.

Perlawanan menentang Malaysia XI dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan dipromosikan oleh ProEvents International Sdn Bhd.

Sungguhpun Liverpool memiliki jumlah peminat yang besar di Malaysia, perlawanannya menentang Malaysia XI kali ini masih berisiko diboikot peminat yang rata-rata melabelnya sebagai ‘perlawanan sarkas’.

Adalah difahamkan bahawatiket perlawanan di antara Liverpool FC menentang Malaysia XI masih boleh didapati dengan tiket termurah berharga RM58 (pelajar).

Sumber: FAM

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top