Lion XII muncul juara Piala FA 2015 apabila menundukkan pasukan Kelantan 3-1 sebentar tadi.
Gol pertama pasukan Lions XII dijaringkan oleh Faris Ramli pada minit ke enam perlawanan.
Kelantan kembali menghidupkan peluang dengan jaringan penyamaan menerusi Wan Zack Haikal pada minit ke 62 setelah ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama.
Lions XII kembali mendahului Kelantan dengan kedudukan 2-1 menerusi jaringan Sahil Suhaimi pada minit ke ’81.
Gol ketiga Lion XII muncul menerusi sepakan penalti oleh Mohd Sahil Suhaimi pada masa kecederaan.
Tamat masa penuh perlawanan, Lion XII 3, Kelantan 1 untuk muncul juara.
Sumber: Astro Awani