Perlawanan terbesar Limbang Super League 2016/2017 bakal berlangsung tidak lama lagi bagi menentukan juara kejohanan dimana dua kuasa terbesar dalam arena bolasepak Limbang akan berentap untuk menentukan kejuaraan liga.
Pasukan yang disebut adalah Tiger FC yang akan bertarung dengan juara bertahan ABC Club.
Sebelum ini, Tiger FC beraksi cemerlang apabila menangi tiga daripada empat perlawanan liga terdahulu sekaligus membolehkan mereka mengutip 12 mata manakala, ABC Club mengekori rapat di kedudukan kedua dengan 10 mata hasil daripada 3 kemenangan dan sekali seri.
Berdasarkan statistik dan keputusan tersebut, ternyata kedua-dua pasukan belum lagi tewas dan pemenang perlawanan terakhir ini bukan sahaja akan memungut tiga mata berharga, tetapi juga bakal bergelar juara ‘invincible’ bagi Limbang Super League 2016/2017.
Dalam pada itu, perlawanan klasik diantara kedua-dua pasukan ini setepatnya mendapat jolokan ‘Limbang El Classico’ dari peminat bolasepak tempatan Limbang dan ianya dijadualkan akan berlangsung di Kompleks Sukan Limbang pada 16 April 2017.
Untuk rekod, kejohanan Limbang Super League dikelolakan Persatuan Bolasepak Limbang (Limbang FA) yang merupakan ahli gabungan Persatuan Bolasepak Limbang (FAS).