Pasukan bolasepak Angkatan Belia Campuran (ABC Club) muncul pasukan keempat mara ke pusingan separuh akhir Piala FA Limbang semalam setelah membelasah pasukan LBA 5-1 semalam.
Kemaraan ABC Club ini ternyata menepati ramalan selaku pasukan pilihan mara ke peringkat akhir Piala FA Limbang apabila menjulang Piala Sumbangsih bulan lalu.
Perlawanan separuh akhir Piala FA Limbang dijadualkan akan berlangsung esok 6 Mei 2017 di Kompleks Sukan Limbang dan Padang Majlis Daerah Limbang.
Pasukan ABC Club telah diundi menentang Ransing di Padang Majlis Daerah Limbang, manakala Tiger FC akan menentang pasukan Highlander di Kompleks Sukan Limbang.