1 JULAI – Sarawak FA berjaya memungut mata penuh di Kota Bharu sebentar tadi selepas berjaya menjaringkan dua gol pada babak pertama perlawanan.
Sarawak FA yang memerlukan kemenangan untuk terus bersaing di Liga Super bermula dengan hantaran kemas dengan Mateo Roskam hampir menewaskan penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi pada minit-minit awal perlawanan.
Pada minit ke-22, Demerson Bruno membuka tirai jaringan perlawanan apabila beliau menanduk kemas hantaran Tommy Mawat, hasil dari sepakan percuma dari tengah padang.
Sarawak FA meneruskan aksi kemas dan berdisiplin di padang, dan Mateo meletakkan pasukan yang diwakilinya dua gol dihadapan dengan jaringan cantik dua belas minit kemudian.
Keputusan kekal 2-0 memihak Sarawak sehingga tamat babak pertama.
Pada babak kedua, kedua-dua pasukan seling berbalas serangan, namun buntu menambah sebrang jaringan sehingga masa penuh, sekaligus menyaksikan Sarawak FA membawa pulang tiga mata penuh.
Saksikan video jaringan Roskam dan Demerson dibawah.