Liga SetiaRaja Mukah 2017 ditaja LSC

Pasukan pembekal pakaian dan peralatan sukan utama Sarawak, Lea Sports Centre (LSC) akan menaja Liga SetiaRaja Mukah (LSRM) 2017 yang bakal berlangsung bermula  30 Julai 2017 ini. 

Adalah difahamkan, pihak LSC, sebagai penaja utama, akan menaja Piala Liga, jersi untuk pasukan yang bertanding, dan baucer tunai untuk pemenang liga. 

Dalam pada itu, LSRM akan dikenali sebagai LSMR – LSC 2017 bagi tahun ini bagi menunjukkan LSC sebagai penaja utama liga tersebut.

LSC bukanlah nama yang asing di dalam arena bolasepak Sarawak apabila syarikat tersebut menjadi penaja pakaian dan barangan sukan utama untuk Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top