Kejohanan Liga JDT anjuran kelab elit, Johor Darul Ta’zim FC (JDT) mungkin tidak akan berlangsung seperti yang dirancang.
Pengarah Kuching City FC, Fazzrudin Abdul Rahman memaklumkan pihaknya belum dapat memastikan sekiranya kejohanan tersebut diteruskan biarpun ianya adalah dalam perancangan pasukannya.
Fazzrudin menyatakan ini adalah disebabkan jumlah kes Covid19 yang belum surut lagi.
“Situasi negara masih tidak menentu ekoran pandemik Covid-19 yang belum surut.” kata Fazzrudin kepada sebuah akhbar tempatan.
“Memang kejohanan itu dalam perancangan awal kita, tetapi keadaan dan situasi sekarang agak sukar.” jelas Fazzrudin lagi.
Kuching City sepatutnya menyertai JDT FC, bersama pasukan Liga Super lain seperti Melaka United FC, Sri Pahang, dan Terengganu FC untuk Kejohanan Liga JDT pada 10 hingga 25 Februari kelak.
Pertandingan liga satu pusingan itu merupakan antara persiapan pra-musim kelab tersebut bagi menghadapi Liga Premier musim ini pada bulan Mac kelak.