Pasukan Kuching FA berjaya menebus kehampaan dalam kekalahan minggu lalu setelah berjaya memperoleh kemenangan dalam perlawanan ke 11 Piala FAM setelah menundukkan SAMB FC di Stadium Negeri semalam.
Pasukan tuan rumah terpaksa menanti hingga separuh masa kedua untuk memecah kebuntuan apabila Nazarudin Bohri pada minit ke 52.
Kekecohan berlaku pada minit ke 80 apabila pemain Sarawak disiku pemain SAMB. Namun, pengadil perlawanan enggan memberikan tindakan terhadap pemain SAMB. Pemain Sarawak tersebut dilihat telah mencederakan muka pemain SAMB yang masih terbaring di atas padang.
Pemain SAMB yang lain turut memberikan reaksi agresif, dan cuba dileraikan oleh pegawai perlawanan dan pemain lain. Pemain SAMB yang cedera dikejarkan ke sebuah hospital swasta di sini.
Sehingga laporan ini ditulis, keadaan beliau difahamkan masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Pengadil mengambil keputusan untuk melayangkan 3 kad merah kepada pemain Kuching dan satu kepada pemain SAMB setelah keadaan beransur reda.
Biarpun bermain hanya dengan lapan pemain, pasukan Kuching berjaya mengekalkan kedudukan hingga ke wisel penamat.
Kemenangan tersebut meletakkan pasukan Kuching di tangga kelima dengan kutipan 14 mata.
Pasukan Kuching dijadualkan untuk bertemu pasukan PJ Rangers di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada 9 Julai 2017.