PROMOSI BAJU

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Pemain import bahagian tengah Sarawak United, Lee Chang Hoon, dikhaarkan kini sudah hampir pulih dari kecederaan yang beliau alami.

Lee yang tidak diturunkan ketika Sarawak United tewas mengejut kepada PDRM FC minggu lepas dilaporkan cedera.

Promosi RM1

Apapun, laporan media tempatan melaporkan bahawa Lee kini sudah pulih dan sedang beransur mencapai tahap kecergasan sebenar dan berkemunginan boleh diturunkan apabila Sarawak Uniter bertembung dengan Negeri Sembilan hujung minggu ini kelak.

Status seorang lagi pemain import yang juga tidak diturunkan pada perlawanan menentang PDRM, Sandro da Silva Mendonça, walaubagaimanapun, belum dapat diketahui.

Beliau, juga seperti Lee, tidak diturunkan ekoran kecederaan pada minggu lepas.

Sarawak United kini memburu tiga mata penuh, dan mampu melonjak ke takhta Liga Premier sekiranya berjaya menumbangkan Negeri Sembilan pada perlawanan hujung minggu ini kelak.

Jika Sarawak United tewas, impian mereka untuk menjuarai Liga Premier akan sedikit tercalar.