Lebih banyak siaran langsung untuk liputan Liga Malaysia selepas ini

Stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) dikhabarkan bakal menyiarkan perlawanan-perlawanan Liga Malaysia tidak lama lagi.

Mengikut maklumat yang kami perolehi, RTM telah mencapai persetujuan dengan pihak pengurusan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) untuk menyiarkan beberapa perlawanan Liga Malaysia dalam masa terdekat.

Kami difahamkan bahawa persetujuan baharu ini boleh dicapai kerana Media Prima hanya memiliki hak penyiaran exclusif terhadap beberapa perlawanan seminggu, dan bukannya semua perlawanan Liga Malaysia.

Ini bermakna, stesen dan rangkaian televisyen lain, termasuk juga ASTRO, FOX, TM dan lain-lain masih boleh membeli hak siaran yang tidak dimiliki mana-mana syarikat dan menyiarkannya secara eksklusif di saluran milik mereka.

Berita ini sememangnya membawakan kegembiraan kepada peminat bolesepak Malaysia yang amat menginginkan liputan lebih meluas Liga Malaysia di televisyen.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top