Pasukan Serian meneruskan rentak bergaya mereka di Liga Bolasepak Rakyat (LBR) apabila menewaskan Sri Aman 3-0 di dalam perlawanan Sabtu lalu. Kemenangan itu meletakkan Serian di kedudukan lebih selesa sebagai pendahulu kumpulan 3.
Serian merupakan bahagian baharu di dalam LBR yang telah masuk musim kedua.
Satu lagi perlawanan di dalam Kumpulan 3 adalah diantara pasukan Kuching dan Samarahan, yang akan berlangsung pada 5 November kelak.
Di kumpulan 2 Kapit diikat Sarikei tanpa jaringan di tempat sendiri, manakala Betong berhempas pulas sebelum berjaya menundukkan Sibu 2-1, menerusi jaringan berganda Nazrin Ismail.
Kumpulan 1 pula menyaksikan Limbang menumbangkan Miri 1-3, dengan Mukah diikat Bintulu 1-1.
Keputusan penuh adalah seperti di bawah.
Kapit 0-0 Sarikei
Miri 1-3 Limbang
Serian 3-0 Sri Aman
Sibu 1-2 Betong
Mukah 1-1 Bintulu