LBR Zon Borneo II: Kapit FA mahu pandang ke hadapan, enggan ulas banyak

Presiden Kapit FA,  Kennedy Kuyang hari ini mengesahkan dengan pihak kami bahawa bantahan Sibu FA terhadap penyenaraian seorang pemain telah ditolak oleh pihak pengurusan Liga Bolasepak Rakyat (LBR), tetapi beliau enggan mengulas lebih lanjut berkenaan perkara itu.

Menurut Kennedy, beliau mahu kedua-dua persatuan bolasepak bahagian, yakni Sibu dan Kapit, menumpukan perhatian masing-masing bagi menaikkan status bolasepak Sarawak, dan melupakan kes bantahan tersebut.

Kennedy dalam pada itu turut menyatakan bahawa pembabitan semua Persatuan Bolasepak Bahagian di Sarawak adalah untuk mencari bakat akar umbi, sekaligus mentransformasikan Sarawak menjadi kuasa besar bolasepak Malaysia.

Oleh yang demikian, Kennedy tidak mahu memanjangkan isu yang telah dibangkitkan, dan beliau bertekad mahu memastikan Kapit pergi jauh pada LBR kali ini.

Sibu sebelum ini telah mengemukakan bantahan kepada pihak LBR berkenaan penyenaraian seorang pemain Borneo Leopards yang mereka dakwa tidak sah untuk bermain di dalam LBR musim ini.

Dakwaan tersebut disangkal oleh Kennedy, dan keputusan pengurusan LBR yang memihak kepada Borneo Leopards mengesahkan bahawa kemenangan 3-0 terus kekal milik pasukan dari Kapit itu.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top