Kerancakan Liga Bolasepak Rakyat (LBR) bagi musim 2016/17 semakin terasa apabila undian peringkat Zon Borneo selesai dilaksanakan pada beberapa hari yang lalu.
Berdasarkan undian yang dibuat, Zon Borneo 1, yang melibatkan pasukan-pasukan dari Sabah, diletakkan seperti dibawah:
KUMPULAN 1
1. Kota Marudu
2. Tuaran
3. Kota Belud
4. Kudat
KUMPULAN 2
1. WP Labuan
2. Penampang
3. Papar
4. Sipitang
KUMPULAN 3
1. Ranau
2. Keningau
3. Kota Kinabalu
4. Nabawan
KUMPULAN 4
1. Telupid
2. Kinabatangan
3. Sandakan
4. Tawau
Sementara itu, Bagi Zon Borneo 2 yang melibatkan pasukan-pasukan dari Sarawak, pasukan-pasukan diundi seperti dibawah:
KUMPULAN 1
1 Bintulu
2 Limbang
3 Miri
4 Mukah
KUMPULAN 2
1 Sarikei
2 Betong
3 Sibu
4 Kapit
KUMPULAN 3
1 Samarahan
2 Kuching
3 Serian
4 Sri Aman
Tumpuan bagi LBR musim ini sudah pasti terarah kepada pasukan Kuching yang telah menjuarai musim pertama LBR, dan juga kedatangan pasukan baharu, yakni Serian.
LBR yang dilabel pemilik kelab Johor Darul Ta’zim, Tengku Mahkota Johor Tungku Ismail Sultan Ibrahim, sebagi pertandingan paling banyak rasuah baru-baru ini, dijangka akan bermula 24 September ini.