Pasukan Serian FA cemerlang menentang pasukan senegeri, Limbang FA di saingan kumpulan C Liga Bolasepak Rakyat peringkat kebangsaan di Stadium Mini Serian semalam.
Pasukan Serian sekali lagi membelasah pasukan Limbang 4-0. Gol-gol Serian dijaringkan oleh Paul Sambang dan Mohamad Hadera. Mohamad Hadera membuktikan kehebatannya apabila menjaringkan hat-trick dalam perlawanan tersebut.
Untuk rekod, pasukan Serian telah mengalahkan pasukan Limbang 2 kali dengan jumlah jaringan yang sama, 4-0. Sebelum ini, Serian mengalahkan Limbang pada 7 Januari lepas di pusingan play-off peringkat kumpulan zon borneo.
Dengan kemenangan ini, Serian kini mengukuhkan kedudukan di peringkat kumpulan C Liga Bolasepak Rakyat peringkat kebangsaan dengan mengutip 7 mata dari 3 perlawanan.
Rekod tanpa kalah ini boleh lebur sekiranya Serian gagal meneruskan momentum positif apabila menentang pasukan Kota Marudu/ Kota Belud/ Keningau dalam perlawanan seterusnya.