Pihak pengurusan tertinggi Liga Bolasepak Rakyat hari ini menafikan bahawa perlawanan play-off antara Sibu dan Miri akan ditunda.
Ketika dihubungi pihak kami, jurulatih pasukan LBR Miri, Hakimi Man mengesahkan berita tersebut sambil memaklumkan bahawa pihak pengurusan tertinggi Liga Bolasepak Rakyat telah menghubungi beliau sendiri bagi mengesahkan bahawa perlawanan tersebut tidak akan ditunda tanpa persetujuan pihak lawan.
Tambahnya lagi, beliau turut gembira apabila isu tersebut telah diterima pihak pengurusan LBR dan ditangani dengan segera.
Isu tersebut mula timbul apabila beliau menyuarakan kegusarannya mengenai khabar angin yang mengatakan perlawanan tersebut mungkin akan ditunda melalui laman Facebook miliknya.