Dalam saingan kedua Liga Bolasepak Rakyat peringkat kebangsaan kumpulan D yang berlangsung pada hujung minggu yang lalu menyaksikan pasukan Kuching – Gedong Gators berjaya mengutip 3 mata penuh setelah menumpaskan pasukan Miri FA.
Kedua-dua pasukan dilihat bersemangat untuk mencipta kemenangan setelah tewas menentang lawan masing-masing dalam aksi pertama LBR Kebangsaan yang lalu.
Pasukan Kuching – Gedong Gators berjaya menebus kehampaan setelah tewas di Keningau pada aksi pertama LBR Kebangsaan menerusi jaringan Fiqkri Zulfikhar Bohari pada minit ke 14.
Pada minit ke 75, pasukan Miri FA terpaksa bermain dengan 10 orang pemain apabila Mohammad Arif Sapawi dilayangkan kad kuning kedua kekasaran yang dilakukannya.
Keputusan tersebut meletakkan pasukan Kuching – Gedong Gators di tangga ketiga dalam saingan kumpulan D setelah mengutip 3 mata penuh. Pasukan Miri FA pula kini tercorot dalam carta kumpulan D setelah tewas kedua-dua perlawanan.