Lawan telah ambil kesempatan atas kecuaian pemain

Penolong Ketua Jurulatih Kuching City FC, Sulaiman Hussin menyatakan bahawa kehilangan fokus dalam pemain Kuching City menjadi antara punca pasukannya gagal membawa pulang satu mata Sabtu lalu.

Dalam perlawanan tersebut, Kuching City tewas 3-1 kepada JDT II, yang merupakan pasukan simpanan kepada pasukan JDT FC yang bermain di Liga Super.

Beliau yang ditemuramah selepas perlawanan tersebut berkata bahawa pemain Kuching City telah bermain dengan baik pada babak pertama, tetapi hilang fokus pada babak kedua.

Ini menyaksikan JDT II mudah menjaringkan tiga gol dan membuat ‘comeback’.

“Pertama sekali adalah kecuaian apabila kita mengawal serangan balas. Dua gol adalah melalui hantaran lintang, dan dua daripada gol itu adalah gol dari tandukan. Kita tidak memberi tumpuan.” kata Sulaiman dalam sidang media selepas perlawanan.

Sulaiman juga menyatakan bahawa pemain beliau juga kelihatan lesu pada babak kedua, dan ini juga mungki sebab mengapa Kuching City gagal mempertahankan kelebihan mereka yang dimiliki pada babak pertama.

Beliau walaubagaimanapun, Sulaiman mengakui bahawa kecerdasan pemain sudah mulai meningkat dan pemain telah memberikan yang terbaik.

“Pada saya, salah satu juga faktor juga adalah kita sudah leka pada babak kedua, dan pada babak pertama kedua kita nampaknya agak lesu, dan JDT mengambil kesempatan terhadap itu.

“Kita percaya dalam perlawanan akan datang kita akan memperbaiki pasukan, dan pemain akan mula bertambah baik dan kita akan mula mendapat kejayaan di perlawanan.

“Dua perlawanan ini lebih kepada medan kita menguji keserasian dan kelemahan dalam perlawanan hari ini akan diperbaiki untuk perlawanan akan datang.

“Kita dah masuk perlawanan kedua dan kecergasan pemain sudah meningkat. Menghadapi JDT II adalah satu perlawanan besar. Kita perlu berada pada prestasi terbaik.

“Berbanding perlawanan JDT II menentang Negeri Sembilan, mereka (JDT II) telah mula menurunkan pemain senior untuk membantu dan itu telah menambahkan kekuatan pasukan dan kami cuba untuk mengimbangi perlawanan, namun kecuaian kami membawa gol.

“Kita hampir membendung JDT II sehingga habis babak pertama, tapi pada babak kedua kami hilang fokus dan cuai”.

“Pemain Kuching City dah beri yang terbaik.” jelas Sulaiman lagi.

Kuching City akan bertemu seteru setempatnya, Sarawak United di Melaka dalam perlawanan ketiga di tempat lawan, dan dalam liga pada minggu ini kelak.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top